Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, August 31, 2005

Image hosted by Photobucket.com

MELAYU & MERDEKA


merdeka, merdeka, merdeka...
48 tahun lalu,
anak melayu laungkannya dengan semangat,
semangat kebebasan,
semangat kepunyaan,
keinginan mengubah diri,
tersemat kukuh dihati mereka,

hari ini,
melayu masih melaungkan kemerdekaan,
tapi dimana anak melayu?,
masihkah ditakuk lama?,
masihkah menanti bulan jatuh keriba?
tak mahu membelah ruyung,
tapi mahukan laba yang melimpah ruah,

hari ini,
anak melayu semakin hilang arah,
bagai lelayang putus talinya,
mana perginya semangat si Hang Tuah?,
mana perginya kekentalan hati si Tun Teja?
bagaikan semua itu luput,
dari dalam diri melayu.

hari ini,
anak melayu dimanjakan dengan kejayaan
segelintir bangsanya yang berani berubah,
yang mahu melihat kejayaan dalam bangsanya,
namun berapa ramai lagi anak melayu,
yang meringkuk dikandang besi,
yang menjadi mayat hidup,

hari ini,
yang disanjung wira bukan kerana
beratus musuh negara ditumbangkan,
tetapi wira-wira jalanan,
yang menyabung nyawa kerana wang,

hari ini,
anak melayu semakin mudah,
menjual maruah mereka,
berpleseran berdua-duaan,
di lorong-lorong gelap,
di hutan-hutan terpencil,
mengapa begitu?
itu bukan resmi melayu,
yang tingi budi pekertinya,
yang baik tingkah lakunya.

hari ini,
aku sendiri masih mecari
pengertian sebenar erti sebuah kemerdekaan,
dan nilai sebenar bangsa ku....
ku tahu bangsaku bukan bangsa yg mudah layu,
bangsaku dulu pernah meneraju rantau ini...

hari esok,
biar beribu onak dan duri yang melanda,
takkan ku biarkan melayu hilang didunia
moga kita lekas tersedar dari mimpi yang mengulik,
moga menjadi bangsa yang dipandang tinggi.


hanya sebuah pandangan dari sisi gelap ku...
~FacoMIND~ mind that really think....

Monday, August 29, 2005



Image hosted by Photobucket.com

IMPOSSIBLE

impossible is just a big word
thrown around by small men
who find it esier to live
in the world they've given
then to explore the power they have to change it.

impossible is not a fact, it's an opinion.
impossible is not declaration, it's a dare.
impossible is potential.
impossible is temporary.impossible is nothing.

everything is possible,
we can be a losser or a winner,
nothing is impossible,
it's just in u'r self...

Silent

About Me

Image hosted by Photobucket.com

Faculty Of Mind

Somewhere in this world

Faculty_Of_Mind1@yahoo.com

The true laboratory is the mind, where behind illusions we uncover the laws of truth
J.C. Bose
"The Doors of Perception"

Blog Archive

07/10/2005
07/17/2005
07/24/2005
08/07/2005
08/28/2005
09/04/2005
10/02/2005
10/16/2005
11/13/2005

Frenza

www.facomind.blogspot.com

www.imzadle.blogspot.com

www.dhinakibe.blogspot.com

http://ebebstilo.blogspot.com

http://rosrusli.blogspot.com

Layout © chris
Image © kester

Digital Walkie-Talkie

Games

TIC TAC TOE


Info

Linkies

Torrentmalaya

blogskins

Informationi
facomind is a restricted area. Authorised personel only


From Go-Quiz.com

Search JavaScript Kit:

Google: Yahoo: MSN:

This free script provided by
JavaScript Kit

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com