Image hosted by Photobucket.com

Thursday, July 28, 2005




Entah kenapa dalam minggu nie, kebanyakan blog yang aku lawati memperkatakan soal cinta, kesetiaan dan kebahagiaan. mungkinkah ini sudah menjadi lumrah bagi manusia yang lahirnya juga atas nama cinta. mengapa cinta dipersalahkan setiap kali muncul perpisahan? seringkali kita terfikir betapa kesetiaan itu sukar untuk diterjemahkan kepada bait-bait formula yang zahirnya dapat dilihat dan diaplikasikan untuk mencapai kebahagian? jelasnya aku sendiri pun belum mendapat kepastian jawapan atas segala persoalan ku tadi.

"Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama."-HAMKA

"Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu-Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta."-NIX ADAM

"Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu."-INNAYAN KHAN

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa. Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu. Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Silent

About Me

Image hosted by Photobucket.com

Faculty Of Mind

Somewhere in this world

Faculty_Of_Mind1@yahoo.com

The true laboratory is the mind, where behind illusions we uncover the laws of truth
J.C. Bose
"The Doors of Perception"

Blog Archive

07/10/2005
07/17/2005
07/24/2005
08/07/2005
08/28/2005
09/04/2005
10/02/2005
10/16/2005
11/13/2005

Frenza

www.facomind.blogspot.com

www.imzadle.blogspot.com

www.dhinakibe.blogspot.com

http://ebebstilo.blogspot.com

http://rosrusli.blogspot.com

Layout © chris
Image © kester

Digital Walkie-Talkie

Games

TIC TAC TOE


Info

Linkies

Torrentmalaya

blogskins

Informationi
facomind is a restricted area. Authorised personel only


From Go-Quiz.com

Search JavaScript Kit:

Google: Yahoo: MSN:

This free script provided by
JavaScript Kit

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com